Logo Nadicom Digital WhatsApp
Sistem Jualan

SQL POS untuk Kedai & Restoran di Kelantan

Kaunter jualan yang laju, stok yang tepat, dan setiap jualan terus masuk ke SQL Accounting. Tiada lagi kira tunai dan key-in jualan setiap malam.

SQLPemasangan & sokongan

SQL POS ialah sistem point-of-sale yang bersambung terus dengan SQL Accounting. Setiap jualan di kaunter mengemas kini stok dan akaun secara automatik, jadi laporan harian, bulanan dan cukai sentiasa tepat.

Nadicom membantu dari awal: pilih hardware yang sesuai (PC, printer resit, laci tunai, scanner), pasang dan konfigurasi sistem, masukkan senarai produk, dan latih juruwang anda sehingga mahir.

Sesuai untuk
  • Kedai runcit & mini market
  • Butik pakaian & tudung
  • Restoran & kafe
  • Kedai hardware
  • Farmasi
  • Kedai berbilang cawangan
Apa yang anda dapat

Skop servis

Jualan pantas di kaunter

Scan barcode, diskaun, bayaran tunai, kad dan e-wallet, cetak resit.

Stok automatik

Stok ditolak setiap kali jual. Amaran bila stok hampir habis.

Terus ke SQL Accounting

Jualan harian masuk ke akaun tanpa key-in semula.

Laporan harian

Jualan ikut juruwang, produk, kategori dan waktu.

Berbilang cawangan

Setiap cawangan ada POS sendiri, data bergabung di ibu pejabat.

Pakej hardware

Kami cadangkan dan pasang hardware yang serasi dengan bajet anda.

Soalan lazim

Soalan tentang SQL POS

Perlu SQL Accounting untuk guna SQL POS?

SQL POS paling berkesan bila digabungkan dengan SQL Accounting, kerana jualan dan stok terus masuk ke akaun.

Hardware apa yang diperlukan?

Biasanya PC atau tablet, printer resit, laci tunai dan scanner barcode. Kami boleh sediakan pakej.

Boleh guna untuk restoran?

Boleh. Untuk kafe dan kedai makan kecil, kami juga ada IziPOS yang direka khusus untuk F&B.

Ceritakan masalah bisnes anda, kami cadangkan penyelesaiannya

WhatsApp atau telefon. Demo dan sebut harga tak dikenakan bayaran.