Logo Nadicom Digital WhatsApp
Industri · Peniaga kecil

POS untuk Gerai & Kedai Tepi Jalan, Guna Telefon Sahaja

Tak perlu komputer atau kaunter besar. Rekod setiap jualan di telefon, terima bayaran QR, dan lihat jumlah jualan hari ini sebelum tutup gerai.

Peniaga gerai selalunya kira jualan dalam kepala atau dalam buku kecil. Bila nak mohon pinjaman atau semak untung, tiada rekod yang boleh ditunjukkan.

IziPOS berjalan di telefon atau tablet yang anda sudah ada. Setiap jualan direkod, dan laporan harian serta bulanan siap tanpa perlu kira sendiri.

Sesuai untuk
  • Gerai makan & minuman
  • Food truck
  • Kedai tepi jalan
  • Penjual pasar malam
Apa yang anda dapat

Ciri utama

Jual guna telefon

Tekan item, terus kira jumlah dan baki.

Bayaran QR

Bayaran DuitNow QR direkod bersama tunai.

Laporan harian

Jualan hari ini, minggu ini dan item paling laku.

Boleh naik taraf

Bila bisnes berkembang, data boleh dipindah ke SQL Accounting.

Harga

Pakej & harga

Untuk keperluan khas, kami beri sebut harga bertulis.

  • IziPOSPercuma bulan pertamaRM30 / bulan
Soalan lazim

Soalan tentang Gerai & Kedai Tepi Jalan

Perlu beli printer resit?

Hanya jika anda mahu cetak resit. Kami boleh cadangkan printer yang sesuai dengan IziPOS.

Susah ke nak belajar?

Kami ajar sampai boleh guna sendiri, biasanya dalam satu sesi pendek.

Ceritakan masalah bisnes anda, kami cadangkan penyelesaiannya

WhatsApp atau telefon. Demo dan sebut harga tak dikenakan bayaran.