Logo Nadicom Digital WhatsApp
Industri · F&B

Sistem POS dan Akaun untuk Kedai Makan & F&B

Ambil pesanan, cetak resit dan terima bayaran QR di kaunter. Jualan harian, belian bahan mentah dan gaji pekerja direkod dalam SQL Accounting, jadi untung sebenar kedai jelas setiap bulan.

SQLPemasangan & sokongan

Kebanyakan kedai makan tahu jumlah jualan hari ini, tapi tak pasti berapa untung selepas tolak bahan mentah, gaji dan sewa. Resit kertas dan buku tulis susah disemak hujung bulan.

Kami pasang POS yang sesuai dengan saiz kedai anda, sama ada IziPOS untuk kedai kecil atau SQL POS untuk restoran dan cawangan, dan sambungkan jualan ke SQL Accounting.

Sesuai untuk
  • Kedai makan & restoran
  • Kafe & kedai kopi
  • Kedai roti & kek
  • Francais F&B berbilang cawangan
Apa yang anda dapat

Ciri utama

Pesanan & resit

Pesanan ikut meja atau bungkus, resit dicetak di kaunter.

Bayaran QR & kad

DuitNow QR dan kad direkod bersama tunai, senang tutup kaunter.

Laporan jualan

Jualan ikut hari, menu dan waktu, boleh semak di telefon.

Akaun dalam SQL

Jualan, belian bahan mentah dan perbelanjaan masuk SQL Accounting.

Harga

Pakej & harga

Untuk keperluan khas, kami beri sebut harga bertulis.

  • IziPOS (kedai kecil)Percuma bulan pertamaRM30 / bulan
  • SQL POS + SQL AccountingSebut harga
Soalan lazim

Soalan tentang Kedai Makan & F&B

Kedai saya kecil, perlu SQL Accounting juga?

Tak semestinya. Untuk kedai kecil, IziPOS sudah cukup. Bila kedai berkembang atau perlu e-Invoice, kami boleh pindahkan ke SQL Accounting.

Boleh guna printer dan laci duit sedia ada?

Selalunya boleh. Beritahu kami model printer anda dan kami semak sebelum pasang.

Ceritakan masalah bisnes anda, kami cadangkan penyelesaiannya

WhatsApp atau telefon. Demo dan sebut harga tak dikenakan bayaran.