Sistem yang Connect dengan SQL Accounting
Ada sistem stok, tempahan, POS atau kedai online yang berasingan? Kami bina sambungan supaya data mengalir terus ke SQL Accounting. Tiada lagi key-in dua kali.
Banyak bisnes menggunakan SQL Accounting untuk akaun, tetapi operasi harian berjalan di sistem lain: aplikasi stok di gudang, borang tempahan, Shopee atau kedai WooCommerce. Akibatnya, staf terpaksa memasukkan data yang sama dua kali, dan angka jarang sepadan.
Nadicom membina integrasi yang membaca dan menulis data ke SQL Accounting secara automatik dan selamat. Kami juga boleh membina sistem baharu (web atau mobile) yang menggunakan SQL Accounting sebagai pangkalan data utama.
Sesuai untuk- Gudang & pengedar
- Rangkaian butik berbilang cawangan
- Kedai online (Shopee, WooCommerce)
- Kilang & pengeluar
- Industri balak & bahan mentah
Skop servis
Sync stok dua hala
Stok di app gudang, POS atau kedai online sentiasa sepadan dengan SQL Accounting.
Invois & tempahan automatik
Tempahan dari sistem anda menjadi Sales Order atau Invoice dalam SQL.
App mobile untuk staf
Stock take, terimaan barang dan semakan harga guna telefon.
Stok bersiri & lot
Jejak setiap item dengan nombor siri merentas cawangan.
Dashboard pengurusan
Laporan masa nyata dari data SQL Accounting, boleh dibuka di telefon.
Akses jarak jauh selamat
Sistem di cloud bercakap dengan SQL Accounting di pejabat secara selamat.
Soalan tentang Integrasi SQL Accounting
Adakah integrasi ini selamat untuk data akaun saya?
Ya. Kami menggunakan kaedah rasmi yang disokong dan membuat ujian penuh sebelum go-live. Sandaran dibuat sebelum sebarang perubahan.
Berapa lama untuk siap?
Integrasi ringkas boleh siap dalam 1–2 minggu. Sistem yang lebih besar dibahagikan kepada fasa.
Boleh sambung Shopee / Lazada / TikTok Shop?
Boleh dibincangkan. Kami pernah merancang integrasi marketplace untuk rangkaian butik.
Ceritakan masalah bisnes anda, kami cadangkan penyelesaiannya
WhatsApp atau telefon. Demo dan sebut harga tak dikenakan bayaran.
