E-Invoice LHDN untuk Bisnes Kelantan
Hantar e-Invoice ke MyInvois LHDN terus dari SQL Accounting. Kami bantu setup, uji dan latih staf supaya bisnes anda patuh tanpa menambah kerja.
Pemasangan & sokonganE-Invoice dilaksanakan secara berfasa oleh LHDN mengikut saiz hasil perniagaan. Setiap invois perlu dihantar dan disahkan melalui sistem MyInvois. Jika dibuat secara manual, ia memakan masa dan mudah tersilap.
Dengan SQL Accounting yang disetup dengan betul, e-Invoice dihantar terus semasa anda mengeluarkan invois. Nadicom membantu dari pendaftaran MyInvois, konfigurasi, ujian sehingga staf anda yakin menggunakannya.
Sesuai untuk- Syarikat yang termasuk dalam fasa e-Invoice
- Pembekal kepada syarikat besar
- Bisnes yang mahu bersedia awal
Skop servis
Semakan kelayakan
Kami terangkan fasa dan tarikh yang terpakai kepada bisnes anda.
Setup MyInvois
Sambungkan SQL Accounting kepada MyInvois LHDN.
Data pelanggan
Kemas kini TIN dan maklumat pelanggan yang diperlukan.
Ujian & go-live
Uji di persekitaran sandbox sebelum hantar invois sebenar.
Latihan staf
Cara hantar, batal dan semak status e-Invoice.
Sokongan berterusan
Bantuan bila invois ditolak atau ada perubahan peraturan.
Soalan tentang E-Invoice LHDN
Adakah bisnes saya wajib e-Invoice?
Ia bergantung pada hasil tahunan dan fasa pelaksanaan LHDN. Hubungi kami dan kami bantu semak berdasarkan maklumat terkini LHDN.
Saya tak guna SQL Accounting, boleh dibantu?
Boleh. Kami boleh pasang SQL Accounting, atau bina integrasi dari sistem anda ke MyInvois.
Apa jadi kalau invois ditolak?
Sistem akan tunjuk sebab penolakan. Kami bantu betulkan data dan hantar semula.
Ceritakan masalah bisnes anda, kami cadangkan penyelesaiannya
WhatsApp atau telefon. Demo dan sebut harga tak dikenakan bayaran.
