SQL Accounting Kelantan, dipasang dan dijaga oleh orang tempatan
Kami pasang, ajar staf dan sokong SQL Accounting, SQL POS, SQL Payroll dan E-Invoice. Bila perisian itu tak cukup, kami tulis sistem sendiri yang bersambung terus dengannya.
50+ syarikat guna SQL Accounting melalui kami

Perisian akaun, jualan dan gaji
Kami pasang di pejabat anda, pindahkan data lama dari Excel atau perisian lain, ajar staf ikut tugas masing-masing, dan datang semula bila ada masalah.

Bila perisian sedia ada tak cukup
Kebanyakan dealer perisian berhenti setakat jual lesen. Kami juga programmer, jadi kami boleh bina apa yang tiada: sambungan, POS, website dan app.
Programmer oghe Kelate, faham bisnes tempatan
Nadicom Digital Sdn. Bhd. ditubuhkan pada November 2023 di Wakaf Bharu. Kami membantu bisnes kecil dan sederhana guna perisian SQL dengan betul, dan membina sistem tambahan bila keperluan bisnes melebihi apa yang perisian biasa boleh buat.
Sebab kami tulis sistem sendiri, kami faham bagaimana data bergerak dari kaunter, gudang dan pejabat ke dalam akaun anda.
- Datang ke premis di Kota Bharu, Tumpat, Wakaf Bharu dan sekitar Kelantan
- Integrasi SQL Accounting untuk stok, tempahan dan cawangan
- Demo dahulu, harga bertulis sebelum anda setuju
- Status
- Sdn. Bhd., syarikat Bumiputera
- Pendaftaran
- 202301045300 (1539215-T)
- Ditubuhkan
- 15 November 2023
- Pelanggan SQL
- 50+ syarikat guna SQL Accounting melalui kami
- Alamat
- Wisma MDT, Lot 3-2, Jalan Puteri Saadong, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan
- Servis
- Perisian SQL dan sistem custom, satu pasukan
Sistem siap untuk jenis bisnes anda
Disesuaikan ikut keperluan, daripada landing page hingga sistem tempahan dan pendaftaran.
Kedai Makan & F&B
POS untuk kafe dan restoran, jualan harian terus masuk SQL Accounting.
Pasaraya & Runcit
Kaunter barcode, stok ribuan item dan akaun dalam SQL Accounting.
Kedai Tudung & Pakaian
Stok ikut warna dan saiz, jualan kedai dan ejen dalam satu akaun.
Frozen Food
Stok ikut batch dan tarikh luput, invois kepada stokis dan kedai.
Gerai & Kedai Tepi Jalan
POS di telefon untuk gerai dan kedai tepi jalan, bayaran QR direkod.
Pusat Tuisyen & Tadika
Landing page, maklumat kelas & yuran, borang pendaftaran online.
Homestay
Kalendar tarikh kosong dan tempahan terus, tanpa komisen.
Butik Pengantin
Galeri, pakej dan tempahan tarikh.
Sewa Kereta
Senarai kereta, harga dan semakan tarikh kosong.
Senarai harga
Untuk website dan sistem tempahan, kami tunjuk demo dahulu. Anda bayar bila setuju dengan hasilnya.
Minta sebut harga- Landing page (1 page)Termasuk domain tahun pertamaRM650
- Page tambahanRM200 / page
- Domain + penyelenggaraanRM100–150 / tahun
- Homestay: landing page + sistem tempahanBayaran setup sekali, kemudian RM30 / bulanRM500
- IziPOSPercuma bulan pertamaRM30 / bulan
- SQL Accounting, integrasi, app customSebut harga
Skop pindaan dan perkara yang termasuk dinyatakan dalam sebut harga.
Dari WhatsApp pertama hingga go-live
- 01
WhatsApp kami
Ceritakan bisnes anda dan masalah yang dihadapi.
- 02
Demo & cadangan
Kami tunjuk demo dan cadangkan penyelesaian yang sesuai.
- 03
Pasang & bina
Setup, migrasi data atau pembangunan sistem ikut skop yang dipersetujui.
- 04
Latih & sokong
Kami ajar staf anda dan terus menyokong selepas go-live.
Sudah digunakan bisnes sebenar
IziPOS
Sistem POS untuk kafe dan kedai makan, dengan cetakan resit, bayaran QR dan laporan jualan di telefon.
Sistem Tempahan Kilang Jersi
Pengurusan tempahan dari pesanan hingga penghantaran, dengan notifikasi WhatsApp dan integrasi Pos Malaysia.
Stok Bersiri Berbilang Cawangan
Setiap item dijejak dengan nombor siri merentas cawangan, jualan sync terus ke SQL Accounting.
Yang selalu orang tanya
Di mana pejabat Nadicom Digital?
Pejabat kami di Wisma MDT, Lot 3-2, Jalan Puteri Saadong, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan. Kami melayan pelanggan di seluruh Kelantan secara bersemuka, dan seluruh Malaysia secara remote.
Boleh connect sistem saya sekarang ke SQL Accounting?
Boleh. Kami bina sambungan yang sync stok, invois dan tempahan dari sistem anda ke SQL Accounting secara automatik.
Adakah Nadicom syarikat berdaftar?
Ya. Nadicom Digital Sdn. Bhd. berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 202301045300 (1539215-T).
Berapa harga servis Nadicom?
Landing page bermula RM650 termasuk domain. Untuk SQL Accounting, integrasi dan sistem custom, kami beri sebut harga ikut saiz dan keperluan bisnes anda.
Boleh tengok demo sebelum bayar?
Boleh. Untuk website dan sistem tempahan, kami sediakan demo percuma dahulu. IziPOS pula ada percubaan percuma 1 bulan.
Ceritakan masalah bisnes anda, kami cadangkan penyelesaiannya
WhatsApp atau telefon. Demo dan sebut harga tak dikenakan bayaran.
